Wednesday, November 2, 2011

Ayah, i'm sorry :(

Okay, semalam aku mencarut tak ingat dunia. Semua ni pasal ayah aku. Mula mula, daddy, at that time, i was effing mad at you. Benda kecik nak besar besarkan. Then, dari dulu asyik Echa je yang nak kena marah. Along takde apa pun, adik adik pun takde apa. Bila Echa tak buat salah pun ayah nak marah Echa kenapa? Dahlaa tak percayakan Echa, lepastu kalau boleh hari hari nak marah Echa. Echa ni dah besar, bukannya kecik lagi macam Anis & Teda. cuba ayah cakap elok elok, mesti Echa buat. Ayah tak pernah support Echa dalam apa yang Echa buat. Bila Echa kena buli ke apa dekat sekolah, ada ayah back up Echa? Ada Ayah kisah pasal tu? Echa hari hari kena ejek dengan budak sekolah sebab Echa gemuk, ayah tahu tak? Echa dah takde tempat nak mengadu, ibu busy kerja, kawan kawan pun bukannya kisah sangat pasal Echa. Mana lagi nak campak persaan Echa semua tu? Mana lagi kalau dalam hati. Echa simpan je apa yang ayah cakap dekat Echa. Ayah selalu cakap Echa bodoh, tak boleh harap, kurang ajar, tak guna semua tu. Ayah tahu tak betapa sakitnya hati Echa bila ayah cakap semua tu? Echa bukannya nak kurang ajar dengan ayah, tapi ayah tu, selalu sangat nak cari pasal dengan Echa. Echa ingat lagi masa ayah gaduh dengan Ibu, then ayah bengang sangat dengan ibu sebab ibu balik office lambat. Ayah takut ibu buat benda bukan bukan, then mana ayah lepaskan perasaan tu? dekat Echa jugak. Dahlaa time tu ada kawan Echa, ayah boleh je cakap Echa bodoh itu ini depan dorang. Padahal Echa bukannya buat apa je, dah ayah yang tetiba nak marah Echa, Echa tanya lah kenapa, lepastu tiba tiba nak melenting macam apa. And yes memang betul pengorbanan ayah banyak untuk Echa, dari kecik sampai besar ayah yang selalu jaga Echa, manjakan Echa, bagi duit akt Echa, Echa hargai semua tu. Tapi ayah yang tak sedar. Semalam Echa post dekat twitter. Echa cakap "Apa mati mati? nak mati sangat dah? pergilah mati sana" I dunno what came over me. Masa tu maybe perasaan marah Echa dekat ayah dah tahap yang melampau lampau. Plus ayah pun asyik nak cakap "Kau tahu lah mcm mana kalau aku mati nanti" Kan tak baik cakap mcm tu? mcm doa nak mati cepat. Then, Echa cakap dekat ayah semalam, yang besok Echa exam, mcm mana nak exam kalau baju sekolah tak gosok? Then ayah cakap apa? Ayah cakap "Lantak kaulah, tak payah sekolah besok, tak payah ambil exam kau tu, padan muka dengan kau" Ayah tahu tak betapa pentingnya exam akhir tahun ni untuk Echa? Echa mungkin akan fail exam tu sebab Echa ni kan anak yang bodoh macam yang ayah cakap. Tapi at least bagilah Echa peluang nak amik exam tu, bukannya cakap mcm tu. Sepatutnya ayah kena tolong Echa selesaikan problem Echa, ini tak lagi memburukkan keadaan dengan memaki Echa, semua benda ayah ungkit. Echa tak pernah menagis teruk pasal ayah macam Echa menagis semalam. Depan biji mata ayah, ayah nampak Echa menagis sebab tak dapat ambil exam esok. Tapi ayah buat apa? ayah terus maki Echa. Echa dah tak mampu nak buat apa, diam je. Kalau Echa bukak mulut memang bertimpal dosa Echa dapat. Lepas ni, kalau boleh Echa nak elak dari ayah sebanyak yang mngkin demi kebaikan Echa dgn ayah. Kalau Echa ada sakitkan hati ayah, which i had, Echa mintak maaf. Ayah yang mendorong Echa buat semua tu dengan cara ayah cakap dengan Echa. Ayah tahu tak Echa sayang sangat dekat ayah? tapi makin hari makin pudar perasaan tu, sebab ayah selalu bezakan along dengan Echa. Mungkin sebab along kan cantik, kurus putih. Echa ni kan buruk semua, sebab tu ayah lagi sayang dekat along kan? Semua yang baik mesti pergi dekat along. Ayah tahu tak, there's not a single day without me thinking of you and what you said to me. Echa tanak pun jadi anak yang derhaka, Echa tanak pun kurang ajar dengan ayah tapi Echa tak boleh tahan, hari hari ayah asyik nak hentam je Echa dengan percakapan ayah. Ayah benci sangat ke dekat Echa? takpelah, nak buat macam mana kalau orang dah tak sayang kan :'/ Sekarang Echa nak mintak maaf teruama sekali pasal semalam And halalkan makan minum Echa selama ni.

1 comment:

Muhd.Ilman Adam said...

As salam Ecah...wujudnya kita di dunia ni kerana ehsan ALLAH dan setiap kejadian didatangkan berpasangan...lelaki/perempuan, siang/malam, sihat/sakit, marah/sayang, dunia/akhirat termasuk juga kelebihan/kekurangan...menjadi fitrah manusia yg hanya menilai pada sudut keduniaan saja...sedangkan akhirat selama-lamanya...ingat yg baik pada pandangan dunia sebenarnya buruk balasannya di akhirat n seburuk-buruk pandangan dunia itulah yg terbaik diakhirat...contoh sekiranya kita dilahirkan dgn paras rupa yg cantik, dunia menilai kita dgn pujian lantas kita lupa daratan..akhirnya kita hidup dalam kegelapan tapi sekiranya kita bersyukur seadanya, Al-Quraan lah panduan kita nascaya terselamat lah kita dari tipu daya dunia yg hanya sementara. Setiap manusia dijadikan dgn kelebihan dan kekurangan..jgn menghukum kekurangan pada diri Ecah..sebenarnya kekurangan yg ada pada diri Ecah tu lah yg akan menambah elok lagi kelebihan yg Ecah ada..hargai lah kelemahan kita... Disebabkan Ibu/Ayah juga berpasangan maka adanya Ecah di dunia ini..sayangi lah mereka berdua kerana tiada penganti selepas mereka, tangisan Ecah diluahkan dgn menitisnya air mata tapi tangisan Ibu/Ayah berlinangan dilubuk hati..sayangi lah mereka walau seburuk mana ungkapan mereka,syurga menatang pada anak soleh dan solehah..Ecah adalah salah seorang daripadanya. P/s: "Dari kata-kata Pakcik mu yg suatu ketika dulu bergelar ANAK kepada AYAHnya" .